Tuesday 12 March 2019

Akso Pod Review

Asalamualaikum dan Salam sejahtara


Semua vapers di luar sana tahu POD system ni tengah Tranding sekrang, ada banyak dan berjenis-jenis Pod yang ada di luar sana, Tapi yang mana boleh ikot dengan cita rasa korang semua?? Jom follow che Wan kita akan review jenis-jenis POD yang ada.

Hari ini aku nak review satu POD daripada HCIGAR nama dia AKSO Pod.



AKSO POD ni keluaran daripada HCIGAR yang terkenal dengan keluran mod-mod dia, so kita boleh aspect produk AKSO ni pun the best, POD AKSO ni ialah non- refilled punya pod,so kalau e-juice dah habis korang kena buang pod dia and tukar kepada pod yang baru, senang, tak perlu nak recoil, tukar kapas atau adjust air-flow, sangat berbeza dengan MOD.

Jom kita Sembang sikit pasal AKSO POD KIT ni

BATTERY

Akso Pod kit ini dibekal kan dengan 350 mAh build-in battery so secara amnya boleh tahan lebih kurang 12-13 jam, dan masa penuh untuk charge ambil masa dalam 1.5 jam untuk fully charge dengan menggunakan Micro USB charging (mcm HP android korang) dan 0.2-0.4 arus charging.


kalau korang tengok gambar ni, ini juga adalah battery indicator untuk akso , kalau korang sedut dekat Mouth tip indicator ini akan bernyala warna Biru itu menandakan battery korang ada pada paras 100%- 70% warna hijau menandakan battery pada paras 70%-20% dan merah kalau 20% kebawah. Pengalaman aku mengguna Akso ni biasanya memang kena selalu charge, indicator biru (100%-70%) tu boleh tahan separuh hari (bergatnung kepada kekerapan puff) bila dah bertukar kepada hijau biasa dah kurang sedap asap pun dah tak banyak. Power Voltage daripada 3.0v-4.2v, biasa output akan bekurang bila battery percentage korang berkurang sebab tu bila battery berkurang firing dia kurang padu.

POD




POD AKSO ni menggunakan 1.8 ohm Ceramic coil dan berbekalkan 1.5ml e- juice dengan anggaran 300 puff. Akso menawarkan 8 e-juice setakat ini, seperti yang korang tengok di atas, setiap pod menggandungi 5% salt nicotine atau sama dengan 50mg salt nicotine, kalau korang tanya pengguna-pengguna Akso ni mana e-juice yang boleh mereka recommend kebanyakannya akan cakap Nutty Tobacco , pada pengalaman aku memanglah sedap Nutty Tobacco ni, rasa nutty tu bercampur dgn tobacco boleh beri kepuasan dan buat korang rasa asik nak lagi.Bagi e-juice yang lain contoh Mango Butter aku pernah try sekali, pada aku rasa dia kurang memuaskan sbb rasa Mango tu terlalu kuat dan Butter tak berapa nak rasa, kalau korang nak compare dengan e- juice keluran HENTAK, atau MANGO LASI, Akso jauh ketinggalan.Ice Lychee pun antara pod yang sedap untuk akso yang aku boleh recommend , rasa macam minuman  lychee yang sejuk, ice mint memang rasa kosong saja. Pernah aku terjumpa pod yang kosong dan korang boleh refill pod tu dengan e- juice lain.

AKSO KIT




Akso Kit ni didatangi dengan pelbagai colour seperti yang kornag lihat kat gambar ni, ukuran kit ni lebih kurang 108mm tinggi dan 20mm lebar ketebalan lebih kurang 20mm. Secara am macam sebatang pen untuk ketinggian so kalau masuk masuk pocket ngam-ngam je, diperbuat daripada aluminium dengan design kemas cantik dan tak berat,air hole terletak disis kit ni so kalau korang tengah layan Akso ni jgn tertutp air hole dia sebab nanti air hole akan jadi sempit boleh menyebabkan e-juice akan naik. Kalau korang persan Akso kit ni ada menyedia kan window untuk korang tengok level e- juice lazimnya bila korang tengok kat window level dah kosong tak semstinya e- juice dah habis, bukak pod baru nampak level e- juice yang sebenar.

OVERALL

Pada pendapat aku sendiri AKSO POD ni memang ok, dari segi design dia yang kreatif, ringan, dan kemas, ada battery indication, itu yang penting so kornag tau bila nak charge kalau-kalau ada yang berkerja luar sepanjang hari, PODs yang mudah didapati di mana-mana kedai vape yang berdekatan, disebabkan AKSO ni menggunakan ceramic coil membuatakan flavor e- juice dia terasa di tekak korang. Untuk mengakhiri blog aku ni, aku 100% recommend pada korang lagi-lagi yang berazam nak berhenti rokok, 50mg salt nicotine boleh menampung keingin korang untuk tak hisap rokok.

1 comment:

  1. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog, and have some great contents. Keep up the good work The vapes in UK

    ReplyDelete